PROGRAM DANA INFAK KITAB @ GALERIILMU (FASA 2)

PROGRAM DANA INFAK KITAB @ GALERIILMU (FASA 2)
Assalamualaikum

PROJEK DANA INFAK KITAB FASA 2 DIBUKA


Alhamdulillah, PROJEK FASA 1 DANA INFAK KITAB ke tiga lokasi terpilih sudah disempurnakan RAMADAN yang lalu. Kami menerima permintaan lokasi baharu untuk memiliki kitab-kitab ini. Jadi,  Galeri Ilmu membuka peluang infak bagi kalian yang berhajat.

Kelebihan berinfak:
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنيَا نَفَّسَ اللهُ عنهُ كربَةً مِنْ كُرَبِ يومِ القيَامَةِ ومنْ يسَّرَ عَلى مُعسِرٍ يسَّرَ اللهُ عليهِ فِي الدُنيَا والآخِرَةِ ومَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنيَا والآخِرَةِ واللهُ فِي عَوْنِ العَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عونِ أخيهِ

Maksudnya: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang Mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang Muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya". [Riwayat Muslim (2699)]


Diriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah SAW, beritahu kepada saya suatu amalan yang akan memasukkan saya ke dalam syurga dan menjauhkan saya dari neraka. Baginda lalu bersabda:

لَقَدْ سَأَلْتَنِي عَنْ عَظِيمٍ ، وَإِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ ، تَعْبُدُ اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكْ بِهِ شَيْئًا ، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ ، وَتَحُجُّ البَيْتَ, ثُمَّ قَالَ : أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الخَيْرِ : الصَّوْمُ جُنَّةٌ ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ

Maksudnya: “Demi Allah! Sesungguhnya kamu telah bertanya padaku tentang sesuatu yang besar. Sesungguhnya ia memang mudah bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah kepadanya. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutukan sesuatu dengan-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah. Kemudian Baginda bersabda lagi: Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu perisai. Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api.” [Riwayat al-Tirmizi (2616), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (11394) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (103)]

Al-Mubarakfuri berkata: Ungkapan “وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ”
(Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api) dengan maksud menghilangkannya dan menghapuskan kesannya. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 3/237)
.
.

Justeru itu, kami ingin mengajak anda untuk sama-sama terlibat dengan PROGRAM INFAQ KITAB bagi mengumpulkan dana dalam menyalurkan 3 judul kitab iaitu:

1.Kitab Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas,
2. Kitab Qalbun Salim Penawar Bagi Hati
3. Kitab Mishbahud Duja Syarah Safinah An-Naja   

bagi disumbangkan kepada 400 orang pelajar  untuk kegunaan 3 buah pusat pengajian berikut:

1. Maahad Tahfiz Saidatina Aisyah Lilbanat,  Sg Bakap, Pulau Pinang (100 Pelajar) 
 2. Maahad Bahasa dan Ilmu Al Quran (MaBIQ) Kg Peramu,  Tanjung Lumpur,  Kuantan,  Pahang (200 Pelajar) 
3. Pusat Pendidikan Al Barakah (Dato' Ust.  Kazim Elyas), Manjoi Perak (100 orang pelajar). 
.
.
Anda boleh menghulurkan sumbangan serendah RM10 atau berapa sahaja yg anda mampu dan kami akan himpunkan sumbangan tersebut untuk menyalurkan Kitab yang diperlukan dan seterusnya  diagihkan kepada 3 pusat pengajian berkenaan. 
.
.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank: Maybank
No Akaun 564276201311
Atas nama GALERI ILMU DISTRIBUTORS
PASTIKAN isi Transaction Reference/Details: INFAQ KITAB.
.
Utk makluman anda, projek ini adalah sebahagian daripada projek yg diuruskan oleh GALERI ILMU MEDIA GROUP.
.
Utk sebarang pertanyaan sila hubungi: CIK SURIATI di talian  011-10299723
(Boleh maklumkan sumbangan melalui nombor ini).
.
.
.
Berikut adalah sasaran dan progress dana terkumpul. 
.
STATUS PENGHANTARAN:
LOKASI 1. Maahad Tahfiz Saidatina Aisyah Lilbanat,  Sg Bakap, Pulau Pinang (100 Pelajar) 
1. Kitab Sifat 20; Suatu Pengenalan Asas (100 Naskah) - BELUM HANTAR
2. Kitab Misbahuduja Syarah Safinatun Naja (100 Naskah) - BELUM HANTAR
3. Kitab Qalbun Salim (100 Naskah) - BELUM HANTAR
.
.
 LOKASI 2. Maahad Bahasa dan Ilmu Al Quran (MaBIQ) Kg Peramu,  Tanjung Lumpur,  Kuantan,  Pahang (200 Pelajar) 
1. Kitab Sifat 20; Suatu Pengenalan Asas (200 Naskah) - BELUM HANTAR
2. Kitab Misbahuduja Syarah Safinatun Naja (200 Naskah) - BELUM HANTAR
3. Kitab Qalbun Salim (200 Naskah) - BELUM HANTAR
.
.
LOKASI 3. Pusat Pendidikan Al Barakah (Dato'  Ust.  kazim Elyas), Manjoi Perak  (100 orang pelajar). 
1. Kitab Sifat 20; Suatu Pengenalan Asas (100 Naskah) - BELUM HANTAR
2. Kitab Misbahuduja Syarah Safinatun Naja (100 Naskah) - BELUM HANTAR
3. Kitab Qalbun Salim (100 Naskah) - BELUM HANTAR
.
.

JUMLAH TERKUMPUL DAN BAKI DIPERLUKAN

Jumlah Keseluruhan adalah RM46,000

1. Kitab Sifat 20 (RM30 x 400 naskhah = RM12,000)
2. Kitab Misbahuduja Syarah Safinatunaja (RM45 x 400 naskhah = RM18,000)
3. Kitab Qalbun Salim; Syarah Penawar Bagi Hati (RM40 x 400 naskhah  = RM16,000)


Kutipan Semasa

RM {nilai_semasa}

Sasaran Kutipan

RM {nilai_sasaran}

0%

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
SUMBANGAN INFAK KITAB (RM200)
SUMBANGAN INFAK KITAB (RM100)
SUMBANGAN INFAK KITAB (RM50)
SUMBANGAN INFAK KITAB (RM10)
SUMBANGAN INFAK KITAB (TERBUKA)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN